Saturday, February 26, 2011

hati

bergembiralah kau hati
jangan kau bersedih
kerana sedih itu akan melukakan hati yang terluka
jauhkan hatimu dari anasir-anasir hitam
kerana ia akan merosakkan kau
senanglah kau agar dapat disenangi oleh hati lain
banyakkan bersabar
jangan kau mudah terasa
kawal kawan dan perbuatanmu
hati kawanmu minda
minda kawanmu hati
berkawanlah kau dengan cara yang baik
jangan kau sering menyinggung perasaan satu sama lain
kerana itu akan mematahkan perasaan satu sama lain
minda jangan kau ajar hati dengan anasir jahat
hati jangan dengar cakap minda jikalau ia meminta kau untuk melakukan kejahatan
hati,
jangan kau bawa lara untuk hidup bersamamu
lara akan menyusahkan hidup kau hati
bawalah senang dalam hidup kau agar kau senang sentiasa

Tuesday, February 22, 2011

menjadi diri

jadilah diri kau yang sebenar
jangan kau terlalu mengikut manusia lain
kerana orang lain adalah mereka
dan kau adalah diri kau yang tersendiri
jangan pergunakan diri kau untuk menjadi orang lain
kerana kau ingin seperti mereka..
ohh! itu sungguh memalukan diri kau...
dan boleh mengaibkan diri kau..
sedarlah!
setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri...
kau juga mempunyai keistimewaan tersebut
rungkailah sendiri untuk melihat keistimewaan diri kamu...

Saturday, February 19, 2011

sedar

akan berakhir nanti
akan aku tinggal kan kau
hidup dengan cara kauyang tersendiri
kau akan tahu yang mana kaca dan yang mana permata
bukan aku yang rungkaikan tapi kau sendiri yang merungkainya
sedar la..
permata ada didepan kau
bukalah mata kau untuk melihat permata yang sebenar
jangan kau terpedaya dengan kepalsuan kaca yang kau lihat sekarang
dari sinarnya mungkin kau ingat ia adalah permata..
tapi ia adalah kaca yang mudah rosak dan murah...
hargailah permata yang kau lihat tidak berkilau itu
ia akan membantu kau untuk mengenal dunia yang penuh pancaroba
sedarlah sebelum kau terlambat wahai manusia..
jangan sampai permata itu dimiliki oleh orang lain
kau akan menyesal satu hari nanti...
sedarlah wahai manusia!
bangunlah dari tempat tidur mu..
jangan kau jadi orang yang mudah terleka dan tertipu oleh
kepalsuan kaca..
bangkitlah kau untuk jadi orang yang menghargai sesuatu yang tidak bernilai
yang tidak bernilai sekarang akan bernilai satu hari nanti..
bangkitlah wahai manusia!




Saturday, February 5, 2011

pendek

esok aku da balik bangi...
arghhhhhhhhhhhhhhhhhlhhhh
xsukenye aku balik bangi..
nape la cepat sangat masa bejalan?
aku belum puas cuti lagi la...
bagi la aku masa lagi...
dala cuti pendek je..
tOlOnG La!!!!